Monday, December 22

Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)


Tujuan 
Dahulu Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang berasal dari Semenanjung Malaysia jika ingin melakukan perjalanan antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Namun kini, DPT berkuatkuasa jika anda bercadang tinggal lebih 3 bulan di Sabah atau Sarawak. DPT tidak diperlukan jika anda sudah mempunyai PASPORT.


Tempoh Sah Laku 

Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi.

Syarat-Syarat Am
a. Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
b. Gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm - dua (2) keping 
c. Dokumen Perjalanan Terhad yang sedia ada (jika berkaitan) 
d. MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)   bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
e. Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun. 
f. Pemohon mesti hadir semasa permohonan dibuat. 

Bayaran

RM 5.00


No comments:

Post a Comment